Monday, July 5, 2010

Disinilah mula nya

Assalamualaikum wbt/very good afternoon dear friends....,

Disini bermulanya perkenalan kita, dalam usia yang semakin lanjut tetiba sahaja hati ini terpanggil untuk menulis kembali dan berkongsi pengalaman yang terkutip setelah lebih 20 tahun bergelumang dalam bidang yang paling saya minati.

Bermula dengan didikan didalam bidang Fire & Safety dan seterus nya meneruskan pekerjaan dalam bidang Kesihatan, Keselamatan & Persekitaran (HSE). Tidak begitu ramai yang berkesempatan menimba kemahiran dalam bidang ini terutama mendapat `Hands on experiance" dalam industri Petrochemical.

Kehadiran ini adalah dengan iklas untuk berkongsi dan berbincang serta membantu sdr/sdri yang bergiat dalam bidang ini. Ilmu yang ada tidak seberapa, bagaimana pun tips-tips yang dikutip akan dikongsi..., jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau pandangan..... tak cukup tapak tangan... kapal tangki saya tadah kan.

Cukup lah untuk permulaan ini... insyaallah saya akan terus menulis buat tatapan sdr/sdri sekerap mungkin.

Selamat berkenalan